Mendekati masyarakat

Mendekati masyarakat



Program anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Rembia dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rembia itu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai pihak.


Majlis berkenaan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Norpipah Abdol.

Pelbagai program lain seperti sukan tradisional dan senam seni turut diadakan.

Norpipah berkata, realitinya ‘air tangan’ bukan hanya ada pada kerja memasak, malah terdapat dalam setiap jenis pekerjaan.


Katanya, ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, pemimpin, guru, imam, jurutera, doktor, jururawat sehingga ke buruh kasar.

“Setiap individu Muslim, wajar bekerja kerana Allah untuk berkhidmat sesama manusia.


“Seorang yang paling kasihkan Allah, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya,” katanya ketika ditemui pada program itu baru-baru ini. Hadir sama, Penyelaras Projek, Razein Ahmad dan Pengerusi JKKK Rembia, Isa Bidin dan Timbalan Pengarah JKKN Melaka, Zubariah Abdullah.