Khamis,23 Oktober 2014

Azlee, Zara Zya gandingan serasi

Oleh Norhayati Nordin

Sejak kebelakangan ini, selera penonton Malaysia lebih tertumpu kepada drama yang diadaptasi daripada novel terlaris di pasaran.

Justeru, bagi mengisi permintaan penonton itu pastinya menjadi tanggungjawab stesen televisyen termasuk TV3 yang sememangnya peka dengan perkembangan kehendak semasa.

Jadi, selepas novel Sebenarnya Saya Isteri Dia, Teduhan Kasih dan Kampung Girl yang sudah diadaptasi ke drama, kini giliran Love You Mr Arrogant! nukilan Aliesha Kirana Faisal.

Menemui penonton sejak 25 September lalu menerusi slot Akasia setiap Isnin hingga Khamis, jam 7 malam, ia menampilkan lakonan mantap pelakon seperti Azlee Khairi, Zara Zya, Hanez Suraya, Keith Foo, Norish Karman dan Mustapha Kamal.

Foto

ZARA dan Azlee sebagai pasangan suami isteri dalam drama Love You Mr Arrogant!


Diarahkan Eoon Shuhaini, drama 26 episod ini mengisahkan gadis biasa Zaara Amirah lakonan Zara Zya yang terperangkap dengan lamaran paksa pemuda kaya dan bongkak, Zafriel Irham (Azlee Khairi) untuk mengahwininya demi harta.




Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/08
`