Hargai jasa bapa

Hargai jasa bapa



Malah, ayah yang dikatakan ‘hero’ dalam hati mereka juga memainkan peranan penting kepada keluarga dan juga anak-anak untuk hidup dalam suasana aman, harmoni selain menjadi penggalak dalam mencapai kejayaan diimpikan.

Ayah menjadi pelindung daripada sebarang bahaya mahupun kesulitan setiap masa. Malah, lelaki bergelar ayah itu juga sering memainkan peranan penting untuk membimbing keluarga ke arah cara hidup yang lebih baik.

Memahami kepentingan seorang ayah dalam sebuah keluarga, Tony Roma’s mengadakan pertandingan secara dalam talian untuk memberi penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan bapa dalam menyempurnakan lagi kehidupan seisi sekeluarga.

Pertandingan yang diadakan itu memberi peluang kepada peserta untuk memenangi majlis makan tengah hari secara eksklusif bernilai RM1,000 yang akan dinikmati pada sambutan Hari Bapa.

Tony Roma’s akan menjadi chef dan memasak untuk pemenang bagi memberi penghormatan kepada mereka kerana berjaya menjadi ayah yang begitu membanggakan ahli keluarga.

Untuk menyertai pertandingan itu, hantar penyertaan menerusi laman Facebook Tony Roma’s di http://www.facebook.com/TRMALAYSIA.

Setiap peserta harus melengkapkan ayat yang diberikan tidak lebih daripada 100 perkataan berserta gambar ayah masing-masing pada 9 Jun 2013.