Harian Metro
SENIMAN kecewa sikap Sharnaaz

Kuala Lumpur: Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) kecewa sikap dipamerkan pelakon muda, Sharnaaz Basir Ahmad, 28, yang sebelum ini tampil memohon pertolongan berhubung kemelutnya dengan pengarah filem Darah Panas, S Baldev, namun sehingga kini enggan memberikan kerjasama.

Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN Zahrin Ishak (gambar) berkata, Sharnaaz pada Disember lalu berjumpa persatuan sejurus menimbulkan ketegangan bersama produksi dan bergaduh dengan seorang kru.

Ia berpunca apabila kru terbabit menegur sikap Sharnaaz yang hadir lewat penggambaran sebelum pelakon itu mencengkam lehernya dan menolak lelaki itu ke dinding.

Selain itu, pelakon itu dikatakan lari dari set penggambaran mengakibatkan pengarah filem terbabit berang dan bercadang mengambil tindakan undang-undang.

“Hujung Disember lalu, Sharnaaz berjumpa SENIMAN memohon bantuan. Sebagai orang tengah, kami berusaha mendamaikan kedua-dua pihak, namun dia (Sharnaaz) tidak mahu bekerjasama,” kata Zahrin.

Menurut Zahrin, pihaknya meminta Sharnaaz dan pengarah filem terbabit hadir berbincang namun cadangan itu ditolak pelakon terbabit.

“Kami meminta Sharnaaz menghubungi persatuan dan S Baldev, namun ia tidak dilakukan. Sedangkan sebelum ini, dia yang beria-ia memohon bantuan,” katanya.

Akibat tindakan tidak matang pelakon itu, Zahrin berkata, pihaknya yang